Sunday, 12 March 2017

Kisah bercuti bersama anak autism

Assalamualaikum wbt .. Kami dah lama tak gi jalan ..nak travel oversea apatah lagilah sekarang ni dengan keadaan Amsyar yang hyper dan selalu tantrum..buat aku takut je nak gi tempat orang ramai. Kalau hubby ajak jalan-jalan pun aku macam malas..baik duduk rumah je ngan dia..aku rasa lebih selamat. Tak payah aku nak rasa sedih bila orang pandang semacam bila dia buat perangai pelik-pelik
Tapi masa cuti raya Cina baru-baru ni ..terpaksalah aku ikut jugak sebab family suami buat family day..dan kakak ipar pula yang sponsor penginapan banglo ada swimming pool kat A Farmosa kat Melaka.
     Masa first day tu..dalam perjalanan...Amsyar banyak kali jugak mengamok..dahlah jalan jem.. tak taulah knapa dia mengamok masa tu.kami bertolak dari rumah dalam pukul 12 tengahari sampai Melaka dah pukul 5. Lepas ni memang tak yah gi mana-manalah kalau cuti Raya Cina.
    Sampai je banglo tu..hubby pilih bilik tepi sekali..dan dari bilik tu nampak swimming pool.Amsyar lak bila dia nampak je swimming pool..mulalah dia agresif..tak sabar-sabar nak mandi ..ditolak-tolaknya sliding door tu macam nak tercabut je..adoiii Amsyar Amsyar.
    Budak-budak ni sampai-sampai je ...terus je tukar baju,,semua melompat dalam kolam..Amsyar lah yang paling happy sebab dia memang hantu air.





Lama Amsyar main air ..dah penat..makan ..mandi lagi..makan lagii..hihihihi...memang cuti betul Amsyar kali ni.


Malam tu kami sambut birthday ahli keluarga yang bulan Januari termasuklah aku sekali. Menu simple je..bbq ..kek ..nugget dan ayam goreng.Lepas sambut birthday..budak-budak ni berendam lagi sekali sampai ke tengah malam, termasuklah Amsyar. 
                       Pagi besoknya...mak mertua wa masak nasi lemak..dan kami western breakfast jugak..scramble egg..kacang dlm tin..sosej n roti . semua bawa siap-siap dari rumah. Amsyar bangun je dari tidur..terus masuk kolam pagi-pagi buta tu kui kui kui. Dia orang first yang masuk kolam masa tu.Aktiviti pagi tu..mandi kolam dan makan jelah hahaha.







       
     Petang dalam jam 3 kami keluar ke bandar hilir. Fuh..memang teruk jem..dari Air keruh ke bandar hilir tu..dalam 2 jam lebih.Adoiiii,,,penat dalam kereta jelah. 
Sampai je bandar hilir..kami naik kat food court tu...laa....banyak kedai dah tutup ..then kotor sangat pulak tu,,adoiii...Masa tu Amsyar tahu jelah,,,kejap ke sana kejap ke sini ..abah dia dah berpeluh-peluh kejar  dia. Bila dah tak de tempat makan.... macam berpecah sekejap kat situ...kami pergi 5 family...so masing-masing buat hal sendiri. Kami lagilah...bukannya boleh berdiri lama-lama kat satu tempat..sebab takut Amsyar mengamuk. Hubby ajak naik beca.





Harga 1 beca RM 25.Rileksla sikit bila naik beca sebab tak payah kejar Amsyar hihihi.Lepas naik beca kami singgah Dataran Pahlawan sebba nak makan. Aku tak suka sangat konsep makan kat sini sebab kena ambik order pas tu kena queue panjang kat satu kaunter minuman untuk bayar .Lepas tu baru pergi hantar order makanan..buang masa  ..bayangkan orang punyalah ramai...Ishhhhh..stress buat aku yang ada anak autism dan tak boleh nak tunggu lama-lama. Hari tu kami order nasi ayam 2 set , nasi goreng kampung telur mata , nasi goreng usa , fries 1 set , milo 4 cawan. Semuanya RM 64.40 ..fuhhhhh cekik darah betul.
        Lepas makan ...barulah bertemu semula dengan family suami..rupa-rupanya diorang pun makan  kat situ jugak.Lepas makan..diorang nak naik beca...sebab kami dah naik beca hubby sewa lak motor elektrik. RM 25 untuk setengah jam. Hubby bawa Amsyar naik pusing-pusing kat bandar hilir tu..memang seronok sangatlah si Amsyar tu dapat naik motor.Lama dah bawa Amsyar..abah dia nak bawa Alya lak naik motor. Mula-mula oklah...bila Abah dia dah pergi dengan kakak dia...dia mulalah mengamuk..kali ni memang teruk.. kat jalan tukan banyak beca..ada motor elektrik..ada basikal roda 3 , roda 4 ..diorang ni bawa laju-laju lak tu.
         Yang si Amsyar berlari-lari  nak kejar abah dia,.aku tarik Amsyar kat tepi jalan..dia dengan meronta-meronta dan beratkan badan dia..adoiii..,selalunya Amsyar kalau mengamuk dia akan pukul adin dan kakak dia...kali ni dia kejar adik dia dan dia tolak kuat-kuat kat jalan berbatu tu ...masa tu aku memang tak sempat nak pegang dia.
           Bila dia tolak adik dia aku terus pegang dia kuat-kuat ...bayangkan ..aku tak sempat nak tengok dan pujuk adik dia sebab nak pegang dia...sob sob sob..sian lak kat adik dia..meraung jugak dia masa kena tolak ngan abang dia dan jatuh atas jalan tu.Masa tu dia makin agresif..tak de cara lain..aku dudukkan Amsyar..aku pun duduk sekali atas jalan tu..aku peluk dia kuat-kuat dari belakang...sekali dia meronta...sumpah..terbaring aku kat atas jalan.... 
          Masa tu mata aku dah berair dah....sedih tengok keadaan dia dan sedih lagi aku tak boleh nak kontrol dan pujuk dia..Haahaha..orang dahlah ramai masa tu....ada yang tanya kenapa ni..kenapa ni...aku pun tak boleh nak jawab sebab sedih sangat.... 
         Memang semua orang pandanglah masa tu..... aku buat tak tahu jelah...aku peluk je dia kuat-kuat sambil aku pun teresak-esak masa dia meronta-meronta tu.Masa tu lama pulak abah dia bawa Alya naik motor..rasanya adalah dalam 10 minit kami duduk kat tepi jalan  tu. Bila abah Amsyar sampai....dia terkejut tengok aku duduk atas jalan sambil peluk Amsyar yang tengah mengamuk lagi masa tu. 
       Yang lawaknya...bila Amsyar nampak je bapa dia..elok je dia berenti menangis...dia bangun ..terus gi pegang tangan abah dia macam tak de apa-apa pun yang jadi... :)
    Aku lak..bila bangun je... memang sakit habis satu badan .Punyalah kuat kudrat anak syurga sorang ni sampai terlentang aku kata atas jalan.Memang pengalaman yang tak akan dilupakan sampai bila2....
    Dari  bandar hilir tu..kami terus ke parking kereta....family suami yang masa tu nak ke Taming Sari ....patah balik sebab terlalu panjang queue.Lepas tu kami terus balik ke banglo ...aktiviti malam tu..mandi kolam lagi sampai ke pagi...:)Budak-budak kalau main air..memang tak dapat dipisahkan..kalau boleh nak tidur kat dalam kolam tu.