Tuesday 6 October 2015

Travelogue : Spring in Melbourne P1

     


  Alhamdulillah...kami dah selamat sampai dari Melbourne minggu lepas.Macam- macam dugaan kenangan pahit manis yang kami lalui sepanjang perjalanan kali ni bersama anak-anak.Ni catatan perjalanan kali ni.mungkin boleh dijadikan panduan ya.
 19.9.2015
  
   Flight kami jam 10.45 malam.Rasa berdebar-debar sangat.Kami buat web check in masa tu jam dah pukul 5 petang.Bila nak print bording pass..tiba-tiba je warna hitam jadi blur.Bila huby refill pun tak jadi gak.Waaaa stressnya masa tu..dahlah pukul 6 dah nak bergerak ke airport.Semuanya kelam-kabut..memang tiap kali nak travel pun kami kelam kabut kui kui kui.
    Last-last nasib baik ada jumpa cartridge yang baru, selama ni tak tau pun ada tersimpan cartridge tu huhuhu..terus tukar yang baru,  baru boleh print boarding pass.Alhamdulillah syukurlah...
    Hubby lak dah deal ngan kawan dia yang bawak teksi nak ke airport..Mula-mula tu dah deal nak hantar ngan Ezora..tiba-tiba dia bawak Saga..hahah..mana muat bro..beg makanan je dah dua beg..yang lain bawak winter coat yang tebal-tebal dan sebab aku bawak stroller skali, memang lah tak muat.Maaf ye bang Din heehehe,  so dia patah balik ambik Ezora..pas tu pergi Ijok sekejap sebab nak beli monopod.Sekali kedai tutup lak..dugaan...dugaan.Sebelum tu hubby dah pergi cari monopod kat Kuala Selangor tapi dia kata tak de..yang ada yang mahal je.Nasiblaaaa..tak de monopod macam mana nak ambik gambar family..waaaa kat sana. Dah tentu mahal.
      Sampai airport dalam 8.45, kami terus drop beg..berpusing-pusing gak nak cari kaunter drop bag tu.

           Then kami terus ke berjalan untuk ke gate 16. Masa tu ada buggy car berhenti dan dia ajak kitorang naik..walaupun macam dah penuh tapi dia ajak gak kitorang naik sebab dia kata jauh kena jalan kaki .Bila dh sampai, Memang jauh rupanya..nasib baik kami naik tadi huhuhu.Bila dah sampai Amsyar lak ngamok tak nak turun buggy car tu..pah tu siap nak kejar lagi buggy car tu.Adoiila... Sebelum sampai gate tu., kami singgah lak makan donut ngan minum kopi kat dunkin donut.Giler mahal..kopi je Rm 8 lebih.

            Bila dah sampai kat Gate 16. tu..aku dah risau takut Amsyar ngamok..lagipun ada lagi 1 jam sebelum nak naik flight.Nasib baik kat pintu gate tu ada tempat duduk yang boleh dia main gelongsor..fuhh..dia seronok sangat main kat situ.


      Memandangkan Amsyar ni hantu ABC so aku bawak segala macam buku ABC untuk lekakan dia.Ni buku yang abah dia baru beli sebelum fly hari tu.Memang tak lepas buku ni.
 Hantu ABC
         Bila dah masuk gate tu..Dia dah macam tak selesa..nasib baik kami dapat masuk cepat dalam flight.Selesai satu lagi masalah hihihi.


     Perjalanan 8 jam memang bosan.Aku langsung tak tidur malam tu.Aku tengok hubby aku pong sama.Kami terpaksa tukar-tukar tempat sebab Aca duduk ngan abah dia dan dia masih lagi nyusu badan..bila dia jaga , aku kena duduk sebelah dia. Bila Amsyar jaga lak..aku kena pindah duduk sebelah Amsyar. Alya duduk sorang-sorang sebab hari tu aku terlambat beli seat so tempat duduk pun terpisah. Dia duduk sebelah budak lelaki. Malam tu hubby aku cerita akak yang duduk belakang Alya ( mak budak lelaki tu ) banyak bagi makanan untuk Alya. Terima kasih kak,,yang bestnya kami banyak kali lak terjumpa ngan akak tu dah family dia.

Bila hubby aku langsung tak tidur,aku risau gak sebab besok dia nak drive.Tapi memang tak boleh tidur langsung. Sumpah aku risau sangat sebenarnya takut Amsyar mengamok pas tu  kami kena kick dari flight hahahahaha...
    Kami sampai airport Melbourne dalam pkul 8.30.Masa ni aku risau gak sebab tau memang akan queue panjang punya..anak-anak dah letih..kami pun sama letih 8 jam dalam flight,lengoh satu badan.
Nampak je pendek..tapi kat depan tu berpusing-pusing lagi queue.
     Bila sampai je kat kastam..pergh...kalau tengok queue,  dua jam pun belum tentu boleh lepas kastam.Betul ni , ni memng queue yang paling panjang pernah aku nampak kat airport . Amsyar lak dah buat perangai masa ni..masalahnya masa ni tak de stroller, kalau ada stroller dia tak meragam sangat.Mulalah drama kejar-mengejar..pas tu baring pulak atas lantai..adoii la..mati kutu aku masa tu semua orang dah pandang dah...terus je aku bawa dia ke depan cari tempat duduk. Sian Alya kena queue sorang-sorang. Banyak kali aku dengar dia panggil Mama...mama....sebab masa tu dia memang tak nampak aku , aku pun tak nampak dia , cuma dengar suara dia je.
    Huby aku lak masa tu dia gi intai kat bahagian depan , kata dia ada kaunter oku..dia suruh aku gi tanya boleh tak kami  queue situ.Aku pun pergilah tanya officer  kat situ..dia tanya..
   "You travel with kids? "
"Yes, with my three kids sir "
So, dia suruh ikut dia , dan dia tunjuk kaunter untuk family with kids. Syukurlah..aku pun cepat-cepat pergi panggil huby yang tengah jaga Amsyar, masa ni Amsyar dah ok dah sebab dapat makan fun fries hehehe.. 
Budak autism..baru lepas mengamuk..tak pelah Amsyar..dah Amsyar macam ni kenalah mak dan abah sabar banyak-banyak.Yang penting Amsyar ada depan mata.

       Alya pulak yang nak nangis dah masa tu sebab dia queue sorang-sorang, Lepas tu kami berlari-lari ke kaunter khas tu..aku tak kisah dah orang pandang kami masa tu, yang penting kami nak keluar cepat-cepat dari airport tu.
        Sebenarnya ramai gak yang travel bawa anak tapi tak tau ada kaunter khas tu, so kalau korang gi Melbourne ..dari tempat orang queue panjang-panjang tu , korang ke depan pas tu ada kaunter sebelah kiri. Dia tulis untuk pemegang pasport Australia dan NZ je..tapi boleh je asalkan kita travel dengan anak-anak k.Sorrylah, tak sempat nak ambik gambar.
      Panjang jugak queue tapi movinglah..lagipun aku tak risau sangat kalau Amsyar buat perangai kat situ..sebab anak-anak mat saleh pun ramai yang melalak time tu.Lega rasanya...Kat sini cepat je prosesnya..mungkin officer tu faham kot perangai budak-budak ni macam mana..yang peliknya visa yang kita dah print tu langsung dia tak mintak. 
      Bila dah keluar dari kastam..ada satu lagi yang aku cukup risau.Kami ke tempat ambik beg.. then stroller ambik kat oversized baggage ye..Masa ni Amsyar selamba je baring kat atas lantai..tapi aku biarkan je..lagi pun aku tengok ramai mat saleh selamba je duduk kat atas lantai sambil tunggu beg masing-masing. Tak de pun yang pandang Amsyar dengan pandangan yang pelik-pelik. Kat malaysia je..anak baring atas lantai pun nak viralkan..ngok betul.
Ambil beg dan stroller..nasib baik sikecik ni ok je, tak meragam..
     
 Sekarang kena queue untuk declare makanan lak....Mula-mula kena queue dalam  satu line panjang...then ada pegawai yang cek arrival card yang kita dah tick tu..pastu baru dia pecahkan kedua bahagian..fuhhhh...kami dia suruh masuk dalam satu bilik.Adoii..rupa-rupanya kena cek beg ngan anjing.
     Nasiblah dia just hidu je..tak delah kena anjing tu.Beg lain semua lepas kecuali bagpack aku..lama pulak anjing tu tunggu kat situ.Then, pegawai tu suruh aku bukak beg.Aku bukak lah..sambil tu dia tanya apa dalam beg?  Adakah aku pack sendiri barang-barang dalam beg ni. 
Aku pun bagi tau lah tu makanan anak aku..fun fries.Then dia bukak..memang lah dalam tu ada fun fries je.Pas tu dia suruh aku masukkan barang-barang aku balik dalam tu. 
   Thats fine.You can go out.
Fuh legaa....rasa nak melompat je sebab semua makanan selamat tak kena buang.
  Then tiba-tiba ada lagi sorang kawan dia datang tanya mat saleh tu.
Its just fun fries.
Fun fries? Only fun fries?  
     Dia macam tak percaya..
Lantaklah..yang pasti kami pun dah jauh dah masa tu.Alhamdulillah..so semua makaanan kami tak ada satu pun pang kena buang.
      Lega sangat masa tu..bila keluar je..hubby aku suruh call Apex car rental.
Aku tengok jam baru pukul 9.30 then aku cakap awal lagi.
Awal  apanya kata hubby aku ..ni kat Melbourne bukan Malaysia... ni dah 11.30 dah 
     Hah..really ..lamanya kami dalam airport berdepan dengan macam-macam halangan ...sampaikan aku lupa  kat sini 2 jam lagi cepat dari Malaysia.
         Masa tu penatnya usah cakaplah..bayangkan flight kami sampai dlm pukul 8..pukul 11.30 baru setel urusan kat airport.
Legaa.semua urusan dah selesai.

     Bila nak call Apex susah lak..tak boleh call guna sim card Malaysia...pergi information kaunter pun tak boleh gak call...arghhhhhhhh tersionnyaa..last-last kami decide terus je beli sim kad Australia.Waaa...kena queue lagi..sian dah anak-anak..Aca pun dah selesa dan penat dah.Beli Optus card AUD 2 ..topup AUD10.Bila dah dapt sim kad tu, baru leh call Apex .


       Masa tunggu Apex Bus datang jemput..
     Lepas tu kami terus ke Apex car rental..kena call then nanti diorang akan datang jemput kita kat airport.Masa aku call tu..aku tak paham tu amenda yang dia cakap..dia punya slang mak aii....sampaikan aku banyak kali " Hah ? What? What ? What ?..Hahahah kelakar kalau diingat-ingat balik.Yang aku faham Park Royal je masa tu.Bila keluar je nampak ada Park Royal..so aku guess dia suruh aku tunggu situlah kot.
Apex jemput kami naik ni hehehe..luas dan selesa.

Urusan kat Apex ni taklah lama sangat.Aku sewa kereta dengan Apex sebab booster seat dan car seat free je. Anak-anak wajib pakai car seat dan booster seat ni.Aku dah survey semua company lain..semuanya kena bayar..kira hari lak tu . lagipun Apex ni tak ada registration fees.So bayar apa yang kitabook jelah.

  Masa ni jakun kejap tengok bunga - bunga kecik ni hahaha..

 Amsyar  ...buat macam rumah sendiri  je:)


      Lepas je urusan kat situ..kami terus keluar, hubby berhenti jap kat  petrol pump..suruh aku beli air.Ya Allah ..memang haus sangat masa tu. Bayangkan dari dalam flight..minum air last pukul 3 pagi .
    So masuk je dalam kedai tu ..aku tengok harga air 4aud..sama dgn Rm 12..fuhhhh..kus semangat.Ada lah yang murah tapi dah abih pulak..time nilah nak abih air ni...tapi aku beli gak la air 2 botol..Air mineral paling mahal aku pernah beli sepanjang hidup aku.
       So..kami teruskan perjananan ke Dandenong.Berandukan google map je kali ni . Huby aku tak guna pun GPS free yang diorang bagi tu.



Mulanya cadang nak ke Victoria Market dulu sebab nak beli kasut dan gloves Alya.Tapi masa tu nampak tilam je..tak sabar dah nak rehat dan baring..sumpahhh letih sangat sebab kena queue panjang kat airport.

     Tapi view nak ke Dandenong tu superb.Kiri kanan penuh bunga .Bunga-bunga liar ada kat mana-mana.Memang cantik..dah lama aku nak tengok view macam ni,akhirnya dapat jugak..alhamdulillah.Plan asal nak tidur dalam kereta , tapi mata jadi fresh dan langsung tak mengantuk..indahnya alam ciptaan Tuhan .


Akhirnya dua beradik ni tidur sebab keletihan...

Tak jauh pun perjanan dari airport ke Dandenong. Kami sampai tu belum waktu check in lagi.Jadi kami ke Coles dulu.Coles ni macam Tesco ..tempat beli barang-barang harian.





















Nampak je strawberry murah..terus ambik..maniss sangat-sangat dan besar-besar. Ada section halal jugak..tapi kat sini tak banyak choice.

So..kat sini aku beli air mineral besar( RM 2.10 , fun fries Amsyar RM 6 ) Vegetable oil
 ( RM 9 ) susu ( RM 6 ) dan strawberry  ni dua pack.Lepas tu kami terus ke Motel untuk check in.













Muka ceria dah puas tidur .

Akhirnya kami sampai ke Motel. Hari yang memenatkan tapi kelakar , seronok dan berbaloi bawa anak-anak bercuti bersama-sama.

33 comments:

  1. dh aelamat pulang wa..panjng n3 wa nanti mai semula baca...pehalpun komen dulu heh..heh..

    ReplyDelete
  2. alhamdullilah bestnyaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  3. Walaupun brbagai dugaan perjalanan,kakak dapat merasa keseronokan wa dgn ank2.

    ReplyDelete
  4. sy pernh ke melbon..dan sy akui mmg di airpot q imegesen dia sgt panjang.
    masa sy tu ada oficer buka laluan suh g kaunter nz&oz n uk citizen..mmg laju lah terkam p sana..kalo q kt normal line mmg berjam2 jawabnya.

    ReplyDelete
  5. kak saniah...bawa budak kecik memamg macam ni...hehehe

    ReplyDelete
  6. tiga lalat...alhamdulillah...memang seronok...

    ReplyDelete
  7. Untungnya ..kecik2 dah rasa naik kapal terbang

    ReplyDelete
  8. Penat... tapi enjoy kan Wa..
    Mcm tu la kat Aussie ni.. rega
    air mineral je pun berganda2 mhlnya.

    ReplyDelete
  9. Visa tu memang dia orang tak mintak sebab dah ada dalam sistem...

    Huntunglah semua makanan dapat lepas...

    Rasa2nya nak mengulang ke Aussie lagi tak? Kena jawab dengan ikhlas ni... hehe

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah..sampai juga walaupun mmg penat kan...pasti seronok :)

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah..Tie..memang betul..penat tapi seronok

    ReplyDelete
  12. Ye ke Mie..tak tau pulak..ekekeke..
    Ntahlah...rasanya tunggu Amsyar besor dulu baru ngulang trip Aussie kot.

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah dah balik. Saya pun baru je balik dr sydney sis. Pengalaman bawak anak bercuti memang mencabar kan. Memang tak tidur langsung kat flight. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Honey..k wa tgok blok honey..tak de pun update.
      Ingat kat sana lagi hehhe..seronok tak main salji...

      Delete
  14. Kiranya anak-anak taklah menguji besar mana
    Apalagi bila dah letih main dan minum boleh terlena
    Bangun tidur fresh oklah... mamanya pun senang hati:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..penat kak...tapi seronok sangat2..

      Delete
  15. kak wa tak sabarnya nak tunggu next entry....bestnyaa dapat travel ngan anak anak masyaAllah...baca entry kak wa buat husna berkira kira tringin nak ke sana juga tahun depan kalau ada rezeki insyaAllah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Husna..pergilah.. Nanti k wa bagi tips bila k wa tulis next entry k...jangan lupa menabung banyak2 k

      Delete
  16. Salam kenal sis..jauhnya perjalanan cuti sis x terfikir pun lya nak ke Cna ..entah bila la gak ya dpt ke cna

    ReplyDelete
  17. Lya...wa.doakan.lya ye..saja nak merasa spring heheh

    ReplyDelete
  18. woaaa kitorang dah nak balik baru akak sampai =)
    ehehe.. mmg time kami pegi pokok togel lagi.. bila nak balik baru nmpak bnyk munge..
    ok ok cepat sambung lagi story.. xcited plak nak baca..

    ReplyDelete
  19. Wah, memang nasib baiklah ya semua makanan yang dibawa lepas! Dia nak kata apa pun tak pedulilah janji kita dah lepas keluar. Kalau panggil pun pura-pura tak dengarlah konon :)

    Bawa anak-anak berjalan ni memanglah menguji kesabaran tapi kalau tak dibawa mereka, rasa tak best juga. Ralat memanjang!

    ReplyDelete
  20. Walaupun banyak dugaan dan keletihan tetapi rasa gembira terpancar di wajah masing-masing....Alhmadulillah wa semuanya selamat...

    ReplyDelete
  21. Bestnya...springtime...byk bunga...
    Alhamdulillah, lepas semua masalah...

    ReplyDelete
  22. nasib semua makanann lps kan..
    lega di situ

    bestnya dpt merasa sptingtime..

    wow.. stobeli tu..

    ReplyDelete
  23. SERONOKNYA BACA....w.pn n3 pjg namun sgt2 enjoy baca.

    ReplyDelete
  24. .anak baring atas lantai pun nak viralkan <--- itulah msian huhuhu

    ReplyDelete
  25. pgalaman best..y penting smua happy..walaupoon penat

    ReplyDelete
  26. seronoknya baca, pengalaman bawa anak2 travel jauh2..
    haha kelakar pun ada

    ReplyDelete